Tuesday, December 6, 2011

- Kaedah KONTRASEPTIF -

.
.
.

Cilok from Mr.Google

KONTRASEPTIF adalah satu kaedah untuk mencegah kehamilan.

Kebanyakan pengguna kontraseptif akan memilih kaedah yang selesa, mampu dibeli & berkesan mencegah kehamilan serta penyakit kelamin.

Penggunaan kontraseptif di negara ini telah dibincangkan dengan meluas. Ia tersedia untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Pengetahuan mengenai kontraseptif di kalangan remaja sangat penting kerana bilangan remaja yang terlibat dengan aktiviti seksual semakin meningkat.

Remaja digalakkan mendapatkan nasihat orang dewasa atau anggota kesihatan mengenai kaedah kontraseptif yang sesuai bagi mereka.

.
.
.

Kaedah-kaedah KONTRASEPTIF

PIL:-

  • Hormon sintetik terdapat dalam berbagai jenis mengikut kesesuaian setiap wanita.
  • Mencegah ovulasi, memekatkan lendir serviks dan bertindak sebagai penghalang sperma.
  • Dimakan satu biji sehari selama 21 hari berturut-turut. Mula pada hari ke 5 haid, berhenti selama 7 hari & ulangi semula.
  • Sangat berkesan (99%) sekiranya dimakan mengikut arahan.
  • Berkesan, selamat & boleh diterima oleh kebanyakan wanita.

SUNTIKAN:-

  • Hormon sintetik terdapat dalam berbagai jenis mengikut kesesuaian setiap wanita.
  • Mencegah ovulasi, memekatkan lendir serviks dan bertindak sebagai penghalang sperma.
  • Suntikan diberi setiap 2 bulan.
  • Keberkesanan hampir 100%.
  • Sangat berkesa, selamat, senang digunakan & memberi kesan jangka panjang.

IMPLAN:-

  • Hormon sintetik terdapat dalam berbagai jenis mangikut kesesuaian setiap wanita.
  • Mencegah ovulasi, memekatkan lendir serviks dan bertindak sebagai penghalang sperma.
  • Kapsul hormon diselitkan di bawah kulit bahagian lengan wanita.
  • Keberkesanan hampir 100%.
  • Sangat efektif, Selamat & memberi kesan jangka panjang.

ALAT DALAM RAHIM (ADR):-

  • Sejenis alat kecil dimasukkan ke dalam rahim.
  • Mencegah implantasi.
  • Dimasukkan oleh petugas kesihatan terlatih. Wanita perlu merasakan adanya benang ADR.
  • Keberkesanan (97% - 98%).
  • Selamat digunakan selama 2-5 tahun.

KONDOM:-

  • Sejenis sarung diperbuat dari getah lembut dan disarungkan pada zakar sebelum melakukan persetubuhan.
  • Menghalang sperma dari masuk ke dalam rahim.
  • Sarungkan ke zakar yang tekang & keluarkan bersama zakar selepas ejakulasi.
  • Berkesa (75%), lebih berkesan jika digunakan bersama spermisid.
  • Senang digunakan.

DIAFRAGMA:-

  • Alat berbentuk seperti cawan dan mudah lentur diperbuat dari getah.
  • Menutup pangkal rahim, menghalang sperma masuk ke rahim.
  • Dimasukkan oleh doktor, Alat diperiksa setiap tahun dan selepas setiap kelahiran.
  • Berkesan sekiranya digunakan bersama spermisid.
  • Boleh digunakan untuk jangkamasa panjang, sekiranya digunakan dengan cermat & tidak ada kesan fizikal.

SPERMISID:-

  • Bahan kimia yang menyebabkan sperma menjadi lemah dan tidak aktif. Boleh didapati dalam bentuk buih faraj, jeli, krim, pesari, tablet & aerosol.
  • Melemahkan aktiviti sperma, memberi perlindungan mekanikal.
  • Dimasukkan ke faraj setiap kali sebelum persetubuhan atau digunakan bersama kondom/diafragma.
  • Kurang berkesan (70%). Lebih berkesan jika digunakan bersama kondom atau diafragma.
  • Mudah digunakan.

LIGASI & VASEKTOMI:-

  • Pembedahan di mana tiub fallopio wanita diikat atau saluran sperma lelaki diikat.
  • Mencegah pertemuan sperma dan telur serta menghalang persenyawaan.
  • Pembedahan yang ringkas. Tidak mengganggu kesihatan dan hubungan seksual.
  • Sangat berkesan.
  • Meningkatkan kepuasan hubungan seksual.

RITMA/MASA SELAMAT:-

  • Elakkan persetubuhan semasa subur.
  • Mengelakkan pertemuan sperma dan telur.
  • Wanita menentukan masa subur dengan menyimpan rekod pusingan haid yang lalu.
  • Kurang berkesan, bergantung pada ketetapan pusingan haid.
  • Sesuai bagi wanita yang tidak boleh menggunakan kaedah lain.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails