Tuesday, December 6, 2011

- Pemakanan Semasa LAKTASI -

.
.
.


Kebaikan Susu Ibu:-
  • Kaedah penyusuan paling utama
  • Segar dan bebas bakteria
  • Mengandungi antibodi dan sel imun
  • Kurang masalah alergi
  • Bayi kurang cenderung untuk gemok
  • Rangsang pertumbuhan gigi dan perkembangan rahang/gusi
  • Murah, mudah dan lebih ekonomikal
  • Pertalian ibu dan bayi lebih erat
Kepentingan Penjagaan Pemakanan:-
  • Mengembalikan komposisi tubuh ibu secara berperingkat supaya kembali kepada berat badan asal.
  • Menyediakan susu yang mencukupi untuk bayi (biasanya 850 - 1200mL/hari). Susu ibu membekalkan 67kcal bagi setiap 100mL susu.
  • Mnegelakkan pengambilan makanan kurang sihat.
  • Pengambilan kalori yang baik akan meningkatkan penghasilan susu oleh ibu.
  • Menggalakkan tumbesaran dan perkembangan bayi termasuk pembentukan tulang.
  • Amalan penyusuan menyebabkan kehilangan kalsium ibu berganda dan mesti diganti melalui diet.
Panduan pengambilan makanan:-
  • Secara umumnya, pemakanan semasa penyusuan adalah sama seperti ibu mengandung tetapi pertambahan tenaga adalah diperlukan.
  • Ibu digalakkan makan pada waktu yang teratur dan kerap.
  • Elakkan daripada menahan diet untuk menguruskan badan.
  • Makan pelbagai jenis makanan dengan jumlah yang sesuai dengan keperluan (berdasarkan umur dan aktiviti harian)
  • Jika mendapati terdapat makanan dalam diet memberi kesan upset kepada bayi, elakkan makanan tersebut daripada diet harian.
  • Mengamalkan lebih banyak minum air.
  • Mengelakkan pengambilan alkohol dan juga kafein (terdapat dalam kopi, teh, coklat dan minuman kola)
  • Menghindari tabiat merokok ataupun penyalahgunaan dadah.
Masalah Semasa Penyusuan:-
  1. Puting rata/songsang - Bahagian puting perlu dipusing dengan lembut sehingga timbul ataupun menggunakan bipple shield.
  2. Payudara bengkak - Letakkan kain/tuala panas pada payudara dan perah susu keluar dari puting.
  3. Puting melelas - Sapukan susu pada puting dan dedahkan ke udara serta pakai baju daripada kain kapas.
  4. Duktus tersumbat - Susukan payudara yang sakit supaya duktus dapat dikosongkang, letak tuala panas antara waktu penyusuan & ubah kedudukan penyusuan supaya tekanan dapat disamaratakan.
.
.
.
.
.

Tip-tip di atas khas untuk ibu2 yang menyusukan anak..selamat membaca....daaa....

Monday, December 5, 2011

- DIET UNTUK HIPERTENSI -


Okay, hari ni kiter citer pasal HIPERTENSI plak yek...Apa itu HIPERTENSI..??? Hipertensi (tekanan darah tinggi) adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan perubatan, diet dan senaman oleh pesakit secara berterusan untuk mengurangkan risiko komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang dan strok.









Anda Perlu:
  1. Memeriksa tekanan darah anda dengan berjumpa doktor untuk memastikannya terkawal dan sesuai dengan anda.
  2. Mengawal berat badan untuk memastikan ianya sesuai dengan ketinggian anda.
  3. Mengurangkan pengambilan sodium dan garam dalam diet anda.
  4. Memastikan pengambilan serat anda mencukupi.
.
.
.

Pesakit digalakkan mengambil makanan tinggi serat. Anda memerlukan pengambilan 20-30g serat sehari.

Kebaikan Serat:
  1. Membantu mengawal tekanan darah.
  2. Menurunkan penyerapan kolestrol.
  3. Mengenyangkan seterusnya membantu mengurangkan pengambilan makanan.
  4. Mengurangkan masalah sembelit.
.
.
.

Saranan Diet Yang Kurang GARAM/SODIUM Dan Kurang LEMAK/MINYAK

Penyediaan makanan dan modifikasi resipi:
  • Kurangkan garam.
  • Elakkan makanan tinggi garam.
  • Guna perencah asli
  • Pilih makanan segar
  • Kurangkan makanan dalam tin/terproses/awet.
  • Buang kulit ayam dan lemak daging.
  • Gantikan santan dengan susu rendah lemak atau skim.
  • Ambil lebih sayur-sayuran.
  • Amalkan cara masakan rebus, bakar, sup, singgang, tomyam.
Makan Di Luar:
  • Kurangkan makan di luar.
  • Hadkan makanan segera.
  • Pilih masakan sup, bakar, gril, rebus, pindang atau singgang.
  • Pilih makanan berkuah tanpa santan berbanding goreng.
  • Elak tambah petis, garam, soso dan kicap dalam makanan.
Dan yang paling PENTING...!!!.....Elakkan pengambilan ALKOHOL.....

Sunday, December 4, 2011

- PEMAKANAN GESTATIONAL DIABETES -

Hai semua, hari ni aku nak kongsi serba sedikit pasal diabetes ketika hamil (Apa yang di alami oleh aku ketika hamilkan baby Zara)

FAKTOR RISIKO MENGHIDAP DIABETES SEWAKTU HAMIL
  • Pernah mengalami gestational diabetes pada kandungan yang lalu.
  • Mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga (keturunan).
  • Pernah melahirkan bayi dengan berat melebihi 4.0kg.
  • Hamil ketika usia melebihi 30 tahun.
  • Mempunyai masalah berat badan berlebihan sejak sebelum hamil.
  • Stres akibat perubahan hormon.
TUJUAN PENJAGAAN PEMAKANAN
  • Mencapai dan mengekalkan paras glukosa darah yang normal.
  • Mencapai dan mengekalkan corak kenaikan berat badan yang sesuai sewaktu hamil.
  • Membekalkan nutrient yang mencukupi bagi memenuhi keperluan harian ibu dan bayi dalam kandungan.
PANDUAN PEMAKANAN
  • Mengelakkan makanan yang mengandungi gula ringkas (berasa mnis dan cepat menaikkan paras gula darah)
  • Menambil makanan yang mengandungi gula kompleks seperti nasi, mi, roti dan biskut mengikut sukatan yang sesuai.
  • Meningkatkan pengambilan serat terutamanya daripada sayur0sayuran berdaun hijau.
  • Makan pada waktu makan yang teratur dan tetap.
  • Mengurangkan pengambilan lemak dan minyak.
BAHAYA GESTATIONALDIABETES
  • Bayi yang dilahirkan mempunyai saiz yang lebih besar.
  • Ibu mengalami kesesakan nafas sewaktu bersalin.
  • Ibu mungkin terpaksa melahirkan bayi melalui pembedahan.
  • Ibu dan bayi berisiko menghidap diabetes mellitus selepas bersalin.
  • Bayi mungkin mengalami kecacatan kongenital.
  • Risiko kematian bayi meningkat.
RAWATAN UNTUK PESAKIT GESTATIONAL DIABETES 




PENJAGAAN PEMAKANAN - Paras glukosa boleh dikawal dengan mengelak atau mengurangkan makanan tertentu. 



SENAMAN - Senaman yang teratur dan sesuai dengan ibu hamil perlu dilakukan untuk meningkatkan keupayaan fungsi hormon insulin dalam tubuh.


RAWATAN SUNTIKAN INSULIN - Pemberian insulin merupakan langkah terakhir nagi mengatasi masalah GDM sekiranya paras gula darah semakin sukar untuk dikawal..(Aku kene on insulin time minggu ke-36..kejap jek, x sempat pon abes satu botol ubat)

.
.
.
.
.
.


 Inilah si bambam zara..tapi sekarang dah x bambam sangat.

Alhamdullillah, selepas bersalinkan baby zara aku sudah tiada lagi kencing manis, ianya hanya wujud mase aku hamil sahaja....Tapi pemakanan tetap jugak kena jaga walaupon dah xde kencing manis.


    Saturday, December 3, 2011

    - INTRODUCE OUR LITTLE PRINCESS -

    Hari ni genap 19 Hari umur puteri kesayangan kami, macam2 kerenah sudah terserlah...baru umur 19 hari dah pandai merajuk & marah ngan aku..Bila nenek dier yang pegang senyap plak...terasa diri ini, tapi apakan daya, budak kecik besela kadang2 meragam...Apa2 pon mama tetap sayang kamu ketat2....

    Baru hari ni berkesempatan nak memperkenalkan puteri kesayangan kami:

    NAMA: NUR ZARA ARISSA BINTI MOHD FAIZAM
    D.O.B: 15 NOV 2011 (1.20a.m)
    P.O.B: HOSPITAL SERDANG
    WEIGHT: 3.24KG

    .
    .
    .
    .
    .

    .....Jom layan gambar puteri kesayangan kami.....


    Day 1


    Day 3


    Day 4


    Day 5


    Day 8


    Day 11


    Day 12


    Day 15

    .
    .
    .
    .
    .

    Ok, kiter sambung lagi nanti yek, nanti i tepek gambar baby zara banyak2...baby zara dah berbunyik tu, lapar ler tuh....see u all again...daaaaa

    - LIKU-LIKU MELAHIRKAN KAMOO - (PART 2)


    11 Nov 2011

    Bangun pagi kemas2 bag pakaian tuk menyerah diri ke Hospital Serdang petang tu, kemas2 skali bag pakaian baby sbb dalam masa 2-3hari baby akan dilahirkan. Pas encik suami pulang solat jumaat terus menuju ke Dewan Bersalin, Hospital Serdang. Dah siap register macam biasala kena lepak kat tempat menunggu dulu sementara nak dapatkan katil..Seperti sebelum ni jugak, hampir nak masuk waktu maghrib baru la dapat naik ward.

    Lepas hantar barang aku, encik suami pulang ke rumah.


    12 Nov 2011

    Bermula episod memaksa baby dalam pewut keluar.Lebih kurang kol5.30 pagi aku dikejutkan oleh nurse suh pergi bilik rawatan sbb doc nak masukkan ubat. Lebih setengah jam aku tunggu doc datang, sampai tersengguk2 aku kat kerusi ngantok giler...Bila doc sampai terus je panggil nama suh masuk..Ubat pertama dimasukkan dengan bukaan 1cm sahaja...Dah selesai aku terus sambung tido semula..lagipon lepas masuk ubat kena baring lebih kurang sejam untuk ubat tu menyerap sepenuhnya.

    Lebih kurang kol12.30 doc panggil lagi ke bilik rawatan untuk check bukaan jalan. Bukaan tetap 1cm jugak..makanya ubat yang kedua dimasukkan...sambung tido lagi aku...Duduk kat hospital ni asik tido jek..hahahahahah..........
     Walaupon ubat kedua dimasukkan aku tetap tak rase sakit..nurse selalu la datang tanya "Puan ade kuar darah @ air??...Ade rase mengeras??.." aku hanya mampu menggelengkan kepala..Memang tak ade tanda2 dan sakit langsung.


    13 Nov 2011 

    Seperti hari sebelumnya, nurse kejut seawal 6.00am suh pergi bilik rawatan sbb doc nak cek bukaan...Sama seperti semalam jugak bukaan tetap 1cm, makanya ubat yang terakhir dimasukkan, menunggu la selama 6jam untuk cek bukaan semula samaada ade progress @ tidak..Lebih kurang kol12 lebih pergi lagi bilik rawatan untuk cek bukaan, nampaknya ade progress sket tapi hanya 2cm. Doc cakap kita tunggu sampai esok, kalau tetap sama, aku kena terus hantar ke dewan bersalin untuk proses seterusnya.

    Aku tetap x rase sakit sangat2, rase sakit sebab selalu kena cek bukaan tu adalah.


    14 Nov 2011

    Pagi2 doc dah datang buat check up, dari result cek jantung baby doc cakap aku ade mengalami contraction tapi secara realitinya aku x rase sakit pon.. Maka doc pon buat keputusan aku mesti dihantar ke dewan bersalin untuk proses memaksa kelahiran petang tu jugak.

    Lebih kurang kol4 petang aku dihantar ke dewan bersalin, siap2 tukar baju terus nurse2 yang bertugas cucuk sana sini, sebelah tangan masukkan ubat paksa bersalin, sebelah tangan lagi masukkan ubat insulin sbb aku ade kencing manis ketika mengandung..8 jam aku menahan sakit yang x berapa nak sakit sangat, tapi selama 8jam tu bukaan tetap 2cm..Kesian encik suami menunggu sambil tersengguk2 tepi katil tapi si isteri tetap jugak xde tanda nak bersalin normal.


    15 Nov 2011

    Kol 12.00am doc datang untuk cek bukaan untuk kali terakhir, sebab aku dah masuk ubat selama 8jam. Bukaan tetap 2cm. Terus doc arahkan nurse siapkan aku untuk menjalani pembedahan secepat yang mungkin sbb air ketuban dah dipecahkan mase kol4 petang tadi, takot baby lemas maka pembedahan kena jugak dilakukan seawal pagi tu.

    Dah siap sedia semua, aku di tolak ke dewan bedah plak, punya sejuk kaku macam duk dalam peti sejuk, sampai kejang2 kepala aku menahan kesejukan..Operate ni xla rase sakit tapi yang paling sakit adalah time doc nak cucuk ubat bius, rasenya lebih dari 15kali dier cucuk untuk dapatkan tempat yang strategik untuk masukkan ubat bius kat belakang aku..Dah selesai masuk ubat bius, pembedahan pon dijalankan.

    Tepat kol 1.20am kedengaran tangisan bayi, dalam keadaan kesejukan tu mengalir jugak air mata aku, akhirnya lahir jugak si kecil kami...15minit kemudian nurse datang bawak baby kat aku, nurse suruh tengok aku dapat baby ape.....yeah she is a GIRL....terketar2 aku jawap my baby is girl....

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .


    Tamat sudah, nantikan entry introduce our baby....







    Related Posts with Thumbnails