Thursday, October 20, 2011

ON 34 WEEKS



PERKEMBANGAN KANDUNGAN....

Pada minggu ini, testikel si manja lelaki akan masuk ke dalam skrotum.Ini akan diperiksa oleh doktor si manja anda setelah ia lahir kelak......(Kalau si manja anda adalah lelaki la, si manja saya tak tahu jantinanya sebab setiap kali scan baby mesti kepit2 malu...auwww....Tapi doc cakap "U'r baby maybe Gurl"...InsyaAllah).
Rangka tubuh si manja anda akan mula menjadi keras tetapi kepalanya masih lembut untuk membolehkan melalui salur lahir dalam beberapa minggu lagi....(Patutla perut aku kadang2 keras semacam jek, mengeras rupenya si kecil ni kat dalam)...


ZAT BESI....

Anda mungkin telah diarahkan mengambil zat besi tambahan oleh doktor kerana ianya penting bagi anda dan si manja anda semasa trimester kedua dan ketiga. Anda memerlukan zat besi untuk menggantikan bekalan darah merah dan menyesuaikan peningkatan kandungan darah, manakala si manja anda memerlukannya untuk disimpan bagi kegunaan ketika awal usianya..

Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur..



Terdapat 2 jenis zat besi dalam makanan iaitu:-
  1. Zat besi hem
  • Zat besi hem diperolehi daripada sumber haiwan seperti daging, ayam dan ikan.
  1. Zat besi bukan hem
  • Zat besi bukan hem boleh diperolehi daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin dan kekacang.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails