Monday, May 3, 2010

::...CukuR JamBuL Cucu Mak Ngah Ku...::


CUKUR JAMBUL merupakan adat resam masyarakat melayu di Malaysia 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang @ belum sihat. Sesetengah tempat memanggil adat melayu ini sebagai:
  • Endoi di Kedah
  • Naik buaian di sekitar Kampung Gajah dan Perak Tengah.
Antara acara majlis cukur jambul ialah:
  • Menyembelih lembu @ kambing aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama2 dalam kenduri tersebut.
  • Bacaan berzanji @ marhaban: satu bacaan salasilah atau pujian terhadap Nabi Muhammad.
  • Meletakkan bayi di atas buaian dihias indah. Di bawah buaian diletak pisau corek & kemenyan berasap. Tali buaian akan ditarik oleh kanak2.
  • Bayi didukung & diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang berzanji diruang anjung rumah.
  • Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua kampung & bomoh akan merestui & mengusap jambul @ kepala bayi tersebut.

Beberapa bahan semasa cukur jambul:
  • Sedulang bunga rampai.
  • Sebijik kelapa muda berwarna kuning: kelapa tersebut dibelah & airnya jangan dikeluarkan.
  • Beberapa helai daun tertentu termasuk, daun sirih alat perenjis.
  • Beras berwarna kuning(telah dilumur dengan kunyit).
  • Beras putih.
  • air wangi jika ada.
  • Bunga telor (Untuk diberi kepada tetamu , biasanya tetamu lelaki diberi keutamaan).


Baby yang nagis tula yang diraikan dalam majlis cukur jambul pada 1 mei 2010 bertepat di Kampung Kolam, Rompin Pahang.


Antara tetamu yg meraikan majlis pada hari itu, termasukla si TEMBAM berbaju merah... kawan kepada baby yg diraikan.

*******************************

Pada 1 May 2010, saye bersama ibu & si MANJA Ashraf balik kampung untuk menghadiri majlis cukur jambul cucu makcik saye...kami bertolak dr Kulai kire2 jam 0800 dan tibe di Kampung kire2 jam 1015.... majlis sungguh meriah, ramai tetamu2 yg hadir untuk meraikan si KECIK..

**************************************
Setelah tamatnyer majlis, kami ber3 bergegas pulang ke Felda Selendang untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan jiran mak saye... Majlis di situ jugak matlah meriah, kerana meraikan perkahwinan 2 beradik sekaligus... selepas itu kami pon pulang ke rumah mak saye(tapak projek), untuk bermalam disitu, kerana pagi2 esok mahu kemelaka pule...

p/s:progress tapak projek x dpt update, cuaca & masa x mengizinkan utk merakamkn beberapa gambar...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails