Tuesday, May 4, 2010

TamPaL suDah..

Tadi pg pergi Bank Islam nk bayar bil konvo, boleh plak x jumpe pintu masuk..(malu jek, siap tanyer org lg kt mane nk masuk)...ahahahahha.. Otw nk balik umah singgah IOI Mall, tgk kt YungFa, dh der tampal gmbar Ashraf masuk pertandingan Baby comel anjuran Yung Fa IOI Mall (click here)....tapi yg x puas hati tu, gambar Ashraf dowg tmpal sekeping jek, ade gambar dak tu siap 4 keping lagi dowg tampal, mane aci..(aci - aci buka pintu)...


Gambar Ashraf yg dowg tampal, chumel...siap angkt kening sebelah lg...ramai giler baby2 yg masuk pertandingan ni, cm tipis je harapan Ashraf nk menang...xpela, klu der rezeki, InsyaAllah Ashraf menang, klu menang boleh beli baju santek2 ye TEMBAM, jgn lupe bnje cik jun skali.. (dak laki baju biru tu, siap tampal 2 keping gambar dier, mane ADIL!!)

Entry tuk Cu AshRaF

Entry ni khas untuk cu ASHRAF yang sebok sgt nk tatap gmbar Ashraf.
Gambar-gambar Ashraf dr umur 1 bulan - 6 bulan.


1 bulan

2 bulan

3 bulan

4 bulan

5 bulan

 

6 bulan

************************

Kepada cu ashraf, harap anda berpuas hati yek....

Monday, May 3, 2010

My KazeN Resepsi (1)


2 May 2010 kami 2 buah kete pagi2 dh gerak menuju ke melaka dari Rompin-Muadzam-segamat-Tangkak-Ayer keroh, Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan abg sepupu saye.
Majlis berlangsung di Melaka International Trade Centre(MITC). Majlis berlangsung dengan sangat meriahnyer. Setibanyer di sana kire2 jam1300 kami berkumpul beramai2 bersama sanak saudara yg lain, berarak menuju ke dewan untuk majlis resepsi. Kami dari pihak lelaki.


***


Majlis menepung tawar sedang berlangsung.



Mempelai:

Mohd Redzuan Bin Dato' Haji Abdul Rahim
&
Azahanim Binti Tan Sri Abdul Rafie



Antara gambar2 mempelai bersama2 sanak saudara.



Baju biru itu ibu kepada penganti lelaki, Datin Hjh.Yong Faridah Binti Omar.
Yang berbaju same ngn mak saye tu, abg pengantin lelaki (handsome kn, ade sape2 nak kenal).



Mak saye bersama adik2 pengantin lelaki.



Mak saye bersama adik2 pengantin lelaki.




Si CHOMEL ini tetap ade dimana2 majlis pon, penghibur kami semua


Si baju hijau itu adik kepada pengantin lelaki sebagai pengapit pengantin lelaki, muke pengapit saling x tumpah muke pakcikku(ayah pengapit).

New BoRn..


Baby ni anak kepada kawan saye Rohaifizawati Binti Nazri, namenyer Muhammad amar ______ (yg belakang tu x igt heeh). Saye singgah sekejap jek utk hantar hamper & tgk baby dier... atas sebab2 tertentu, xleh nak berlama-lamaan....p/s: Rohai, ade mase aku dtg lawat baby ko lagi.

::...CukuR JamBuL Cucu Mak Ngah Ku...::


CUKUR JAMBUL merupakan adat resam masyarakat melayu di Malaysia 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang @ belum sihat. Sesetengah tempat memanggil adat melayu ini sebagai:
  • Endoi di Kedah
  • Naik buaian di sekitar Kampung Gajah dan Perak Tengah.
Antara acara majlis cukur jambul ialah:
  • Menyembelih lembu @ kambing aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama2 dalam kenduri tersebut.
  • Bacaan berzanji @ marhaban: satu bacaan salasilah atau pujian terhadap Nabi Muhammad.
  • Meletakkan bayi di atas buaian dihias indah. Di bawah buaian diletak pisau corek & kemenyan berasap. Tali buaian akan ditarik oleh kanak2.
  • Bayi didukung & diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang berzanji diruang anjung rumah.
  • Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua kampung & bomoh akan merestui & mengusap jambul @ kepala bayi tersebut.

Beberapa bahan semasa cukur jambul:
  • Sedulang bunga rampai.
  • Sebijik kelapa muda berwarna kuning: kelapa tersebut dibelah & airnya jangan dikeluarkan.
  • Beberapa helai daun tertentu termasuk, daun sirih alat perenjis.
  • Beras berwarna kuning(telah dilumur dengan kunyit).
  • Beras putih.
  • air wangi jika ada.
  • Bunga telor (Untuk diberi kepada tetamu , biasanya tetamu lelaki diberi keutamaan).


Baby yang nagis tula yang diraikan dalam majlis cukur jambul pada 1 mei 2010 bertepat di Kampung Kolam, Rompin Pahang.


Antara tetamu yg meraikan majlis pada hari itu, termasukla si TEMBAM berbaju merah... kawan kepada baby yg diraikan.

*******************************

Pada 1 May 2010, saye bersama ibu & si MANJA Ashraf balik kampung untuk menghadiri majlis cukur jambul cucu makcik saye...kami bertolak dr Kulai kire2 jam 0800 dan tibe di Kampung kire2 jam 1015.... majlis sungguh meriah, ramai tetamu2 yg hadir untuk meraikan si KECIK..

**************************************
Setelah tamatnyer majlis, kami ber3 bergegas pulang ke Felda Selendang untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan jiran mak saye... Majlis di situ jugak matlah meriah, kerana meraikan perkahwinan 2 beradik sekaligus... selepas itu kami pon pulang ke rumah mak saye(tapak projek), untuk bermalam disitu, kerana pagi2 esok mahu kemelaka pule...

p/s:progress tapak projek x dpt update, cuaca & masa x mengizinkan utk merakamkn beberapa gambar...
Related Posts with Thumbnails