Sunday, April 3, 2011

Cameron Highland--- 02 APril 2011

Semalam tanpa plan ktrg pergi Cameron Highland, dh lame ngidam nak pergi cameron, baru semalam tercapai hasrat dihati...Kami pergi ber5, bersama2 my sis & My sis housemate. Lebih kurang kol7 pg kami bergerak dr Shah Alam..Oleh kerana sebelum perjalanan aku dh wt research sket laluan mane yg sesuai, so, kami amek keputusan laluan Simpang Pulai - Cameron, kalau ikutkan laluan ni memang jauh sket dr laluan Tapah-Cameron, tapi demi keselamatan bersama, biar jauh asalkan selamat... Actually ade 3 laluan bleh g Cameron:

LALUAN TAPAH - CAMERON HIGHLANDS
- Paling banyak selekoh tajam, jalan sempit, kiri/kanan adalah jurang yang dalam, laluan mendaki. Jalan terlalu banyak lubang terutama 20km sebelum sampai CH.
- Bila hujan susah nak nampak jalan sebab air mengalir menuruni bukit.
- Suasana hutan kiri kanan dan agak meyeramkan bila waktu malam.
- Jarak dari KL ialah 210km dengan tol lebih kurang RM19.40.
- Laluan ramai orang guna, tepi jalan ade kampung orang asli.
- Boleh singgah sebentar di air terjun Lata Iskandar jika nak relax dan hilangkan mabuk.
- Kurang jam sebab tak melalui kawasan tumpuan pelancong.
 
LALUAN SIMPANG PULAI - CAMERON HIGHLANDS
- Kurang mendaki, selekoh tak tajam, jalan luas, pemandangan cantik.
- Jalan takde lubang, bila hujan taklah sampai tak nampak jalan.
- Jarak dari KL ialah 280km dengan tol sebanyak RM24.80.
- Laluan ramai orang guna.
- Terlalu sesak bila musim cuti terutama dari Kg Raja ke Tanah Rata sebab terlalu banyak melalui kawasan tumpuan pelancong. 
  
KL - (LEBUHRAYA KARAK) - BENTONG - RAUB - SG.KOYAN - RINGLET - TANAH RATA
- Paling kurang mendaki cuma kena lalu Bentong, Raub, Felda yang biasalah banyak kereta.
- Laluan yang baru hanya melibatkan Sg Koyan - Ringlet sekitar 90km sahaja.
- Jarak perjalanan ialah 260km dengan tol kurang dari RM10 di Karak Highway.
- Dah mula ramai orang guna laluan ini terutama penduduk Raub yang kerja di CH.

Jom layan gambor yang sempat di snap, x sempat nk snap banyak2 gambar sbb terlalu teruja tengok strawberry, sayur-sayuran, pokok2 bunga yg banyak dan harga yg sangat murah.

 Welcome to Cameron Highlands, best giler sejuk jek, walau matahari atas kepala, sejuk tetap sejuk...rase mcm xnak balik jek...


Kalau boleh idup kat Shah Alam, dh aku beli pokok ni..senang nak makan, petik jek...huhuhuhu


Sebok memborong Strawberry, harga kt farm mahal sket..kalau nak murah beli kt gerai2 tepi jalan kat Brinchang x silap...3 Bekas besar tu RM10 jek...sayur2 pon ade yang 8paket RM10 & 12paket RM10...sangat murah


Datang Cameron haruslah beli strawberry coklat, 3stick for RM5...kire murahla kan.


 Cangtikkan bunga2 dier, nak beli tapi takut layu je kt umah, Al maklum ler rumah atas langit.... Next time nak datang bawak mak, sure mak borong satu farm..hihihihi


Kitorang singgah jugak Cactus Farm, besor2 pokok cactus kat sini, ade yg jual ade yang tuk pameran jek....


 Taman rama2, masuk ni kene bayar RM5/Adult & RM2/Kanak2...




Next time pergi harus check in mane2 hotel, cnfirm lagi kaku aku kat sana, masuk tandas pon sejuk macam air batu airnyer, cmne la kalu aku duk sana, mau 2jam skali masuk tandas bunag air....air dier sejuk sampai ke tulang, tapi memang enjoy, walaupon pergi tanpa plan...x lame ktrg kt atas, dalam kol1 lbh kitrg dh gerak turun semula...orang boleh tahan ramainye, kalau time cuti skolah sure lagi sesak...


 Odw balik ktrg singgah Kellies Castle, masuk dalam ni pon kene bayor..RM4/Adult







Pas dh penat menawaf istana tinggal tuh ktrg pon gerak pulang, lalu Gopeng lak...lebih kurang kol7 lebih ktrg sampai Shah Alam, pas hantar my sis terus gerak balik umah...x singgah mane2 dh, kaki lenguh....
Daaaaaaa...............

p/s: Next time nak plan pergi bawak my mum plak, coz may nak cr pokok bunga kertas yg berlapis2..

1 comments:

Secret Drifter said...

YA ALLAH congrats kak !!

kak dah pregnant !!!

nice info pasal cameron !!

ini baru la fakta !

Related Posts with Thumbnails