Friday, October 21, 2011

-- 5 PERKARA --

5 PERKARA
Yang Perlu Anda Lakukan Dalam Minggu-Minggu Terakhir


1) Jika Anda Bekerja, Ambil Cuti.

  •  Jangan cuba bekerja sehingga ke tarikh jangkaan. Itu akan membuatkan anda berasa stress sedangkan anda perlu berehat. Jika boleh, luangkan seminggu untuk duduk berehat di rumah sebelum bersalin..  (En Boss nampaknya saya kena start cuti awal la..hihihi)
2) Tidur Secukupnya, Bukan Kurangkan Tidur.

  • Bunyinya agak sukar, tetapi anda harus cuba untuk mendapat tidur secukupnya pada masa ini kerana anda amat memerlukannya. Anda tentunya tidak punya banyak masa untuk tidur selepas si manja anda lahir, kerana dalam beberapa hari ini anda akan menyusukan si manja anda sepanjang masa. Bantulah diri anda dan dapatkan tidur secukupnya selama lapan jam sehingga bersalin.
3) Terima Bantuan Orang Lain



  •  Jika orang tersayang ingin membantu - terimalah dengan rela hati. Tiada sesiapa inginkan anda menjadi 'Superwoman'. Jika seseorang ingin membeli barangan untuk anda atau memasak untuk anda atau membantu dalam apa jua, biarkannya.
4) Beli Pam Payu Dara Yang Berkualiti 




  • Pam yang berkualiti amat diperlukan untuk penyusuan - membolehkan anda mengeluarkan susu dan membekalkan kandungan susu secara berterusan. Ia juga boleh digunakan untuk meransang payu dara anda agar susu anda keluar dengan lebih cepat
5) Beritahu Hospital Bahawa Anda Akan Sebilik Dengan Si Manja Anda



  •  Ini adalah penting supaya tiada peluang untuk si manja anda menyusu air atau susu formula, apa yang perlu dilakukannya adalah menyusu susu anda untuk mengelakkan kekeliruan puting terhadap si manja anda.

...Pesanan Ringkas Daripada Anmum Club

0 comments:

Related Posts with Thumbnails