2011.....10 Tahun dah berlalu, cepat sangat masa berlalu...rasanya seperti semalam tragedi yang x dapat dilupakan..12032011 tahun ke10 hari ulang tahun Abah, setelah pemergian abah 10 tahun lepas..Walaupon abah dah xde bersama kami, kami sekeluarga tetap ingat hari2 penting abah...abah tetap dalam ingatan kami.. SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-65.....
10 TAHUN LEPAS......ketika tu umur aku 16 tahun, masih belum pandai nak berdikari...masih bergantung dengan keluarga..tapi Abah pergi ketika aku masih belum pandai berdikari sendiri.... Masih bertanya itu ini ketika hendak buat keputusan...kenapa abah pergi ketika jun masih memerlukan abah, masih memerlukan kasih sayang seorang ayah...sebab jun masih belum puas bermanja dengan abah, belum puas nak bercerita dan bertanya itu ini dengan abah...Tapi...jun harus redha pemergian abah ketika itu....
Dah lama abah mengidap sakit buah pinggang.tapi abah degil.taknak pergi berubat.taknak pergi hospital.taknak buat dialisis even buah pinggang abah dah rosak...ketika itu abah hanya bergantung dengan hanya satu buah pinggang, kerana satu memang dh lama x berfungsi, tapi ketika yang satu tu jugak sudah rosak... Tahun 2001 keadaan abah makin teruk, abah makin lemah, dan ketika itu juga abah selalu kene Gout, kaki abaha bengakak yang menyebabkan pergerakan abah tergaanggu...semuanya kerana abah terlalu degil...mak cakap macam2 pon abah taknak dengar.abah memang dengan pendirian abah je.abah nak jugak buat keje2 berat, kemas halaman rumahlah buat itu ini.degil.pastu sakit.gout datang lagi.bile keadaan abah dah makin teruk, abah terlantar atas katil.ada satu masa tu abah demam, tak boleh bangun langsung.gout lagi.mak keje...
lebih kurang seminggu sebelum pemergian abah, ketika tu jun duk asrama...tapi hati ni rase x sedap....jun nangis mintak kebenaran warden untuk balik kampung...nasib warden memahami & bgi kebenaran jun balik...sampai2 rumah abah marah, sebab jun balik time hari sekolah, terpaksa ponteng sekolah....tapi jun x boleh tinggalkan abah dalam keadaan yang lemah ketika itu... bangun tido mak cakap abah muntah, warna muntah bah berlainan...mase tu kitorang paksa abah pergi hospital, bawak pergi hospital rompin...hospital rompin hantar abah ke hospital kuantan...ketika tu jun nangis teresak2 sebab x dapat ikut abah naik ambulans, dari jauh jun nampak abah pandang dengan sayu sekali menerusi tingkap ambulan....
Esoknya pagi2 along datang amek kitorang bawak pergi kuantan...tapi ketika kitorang dh sampai abah dah x boleh nak bercakap...perut abah kene tebuk sebab ape entah.hidup2 doktor tebuk perut abah.seksanya abah masa tu.aku tahu.ape aku mampu buat?takde ape.mampu tengok je abah mengerang sakit.aku tahu sakit sangat kene macam tu.lepas kene tebuk abah terus tak sedar diri.macam koma.pakai alat bantuan pernafasan.banyak hari abah tetap macam tu je.keadaan abah makin teruk.sangat teruk.tapi masa abah sedar, abah sempat cakap kat mak semua hutang abah dah setelkan.masa tu baru renovate rumah.upah rumah dah setel bayar.abah cakap kat mak, jaga anak elok2.abah kasi pesanan macam dah tahu waktu abah dah makin singkat.
8 Mei 2001, keadaan abah dah kritikal sangat.doktor suruh semua siap sedia.siap sedia apa?hey cik doktor, kau takde hak nak cakap macam tu kau tahu! sedara mara datang jenguk, baca Yassin.doktor ulang alik datang katil abah.selalu sangat datang tengok itu, tengok ini.malam, kitorang tidur kat asrama hospital.along teman abah.tetibe mak kejut suruh bersiap.eh kenapa ni?semua macam tergesa-gesa jek...semua lari2 anak pegi naik wad abah.sesak dada masa tu.nervous.tak tahu cam mana nak cakap ape aku rasa masa tu.sampai2, along cakap2 dengan mak.abah dah nazak.doktor suruh family baca Yassin.getar2 suara bacakan Yassin untuk abah.abah, cepat sangat.singkat sangat masa abah dengan kitorang.takkan abah dah nak pergi?
aku ajar abah mengucap.bisik kat telinga abah.abah dengar kan?sempat aku minta maaf.abah, jun mintak maaf, jun banyak buat salah ngan abah..x dengar cakapmabah....6.55 pagi 9 Mei 2001, doktor sahkan abah dah takde.Innalillah.tak dapat aku tahan diri...x percaya abah pergi dengan begitu cepat...semua naka2 abah mengis x dapat terima kenyataan yang abah dah pergi buat selama2 nya saat tu.....mak langsung tak menangis waktu tu.kuatnye mak.tabah sangat mak.even mak yang paling lama hidup sama dengan abah, mak yang paling redha abah pergi.mungkin mak dah bersedia.aku tak pernah bersedia.tak pernah langsung...Jun masih memerlukan abah..memerlukan kasih seorang ayah...Tapi abah tetap xkan kembali walau menagis air mata darah pon...kami semua harus redha..
Abah, minta maaf sebab masih tak dapat tahan airmata ni setiap kali ingat kat abah.susah bah nak percaya yang abah dah takde.sebab abah selalu ada dalam hati ni.selalu.setiap saat, setiap masa.lagi sedih bile pikir yang abah tak dapat walikan jun ketika jun menikah 3bulan lepas...tuhan saja yang tahu kesedihan jun ketika itu...Abah pergi ketika belum sempat mewalikan 2 anak perempuan abah....Jun harap ketika saat Farah dinikah kan nanti, die tabah...
AL-FATIHAH
ISMAIL BIN OMAR 12 MAC 1946 - 9 MEI 2001
we all love u :)
ISMAIL BIN OMAR 12 MAC 1946 - 9 MEI 2001
we all love u :)
0 comments:
Post a Comment