Saturday, March 12, 2011

Tetap Dalam Ingatan

2011.....10 Tahun dah berlalu, cepat sangat masa berlalu...rasanya seperti semalam tragedi yang x dapat dilupakan..12032011 tahun ke10 hari ulang tahun Abah, setelah pemergian abah 10 tahun lepas..Walaupon abah dah xde bersama kami, kami sekeluarga tetap ingat hari2 penting abah...abah tetap dalam ingatan kami.. SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-65.....

10 TAHUN LEPAS......ketika tu umur aku 16 tahun, masih belum pandai nak berdikari...masih bergantung dengan keluarga..tapi Abah pergi ketika aku masih belum pandai berdikari sendiri.... Masih bertanya itu ini ketika hendak buat keputusan...kenapa abah pergi ketika jun masih memerlukan abah, masih memerlukan kasih sayang seorang ayah...sebab jun masih belum puas bermanja dengan abah, belum puas nak bercerita dan bertanya itu ini dengan abah...Tapi...jun harus redha pemergian abah ketika itu....

Dah lama abah mengidap sakit buah pinggang.tapi abah degil.taknak pergi berubat.taknak pergi hospital.taknak buat dialisis even buah pinggang abah dah rosak...ketika itu abah hanya bergantung dengan hanya satu buah pinggang, kerana satu memang dh lama x berfungsi, tapi ketika yang satu tu jugak sudah rosak... Tahun 2001 keadaan abah makin teruk, abah makin lemah, dan ketika itu juga abah selalu kene Gout, kaki abaha bengakak yang menyebabkan pergerakan abah tergaanggu...semuanya kerana abah terlalu degil...mak cakap macam2 pon abah taknak dengar.abah memang dengan pendirian abah je.abah nak jugak buat keje2 berat, kemas halaman rumahlah buat itu ini.degil.pastu sakit.gout datang lagi.bile keadaan abah dah makin teruk, abah terlantar atas katil.ada satu masa tu abah demam, tak boleh bangun langsung.gout lagi.mak keje...

lebih kurang seminggu sebelum pemergian abah, ketika tu jun duk asrama...tapi hati ni rase x sedap....jun nangis mintak kebenaran warden untuk balik kampung...nasib warden memahami & bgi kebenaran jun balik...sampai2 rumah abah marah, sebab jun balik time hari sekolah, terpaksa ponteng sekolah....tapi jun x boleh tinggalkan abah dalam keadaan yang lemah ketika itu... bangun tido mak cakap abah muntah, warna muntah bah berlainan...mase tu kitorang paksa abah pergi hospital, bawak pergi hospital rompin...hospital rompin hantar abah ke hospital kuantan...ketika tu jun nangis teresak2 sebab x dapat ikut abah naik ambulans, dari jauh jun nampak abah pandang dengan sayu sekali menerusi tingkap ambulan....

Esoknya pagi2 along datang amek kitorang bawak pergi kuantan...tapi ketika kitorang dh sampai abah dah x boleh nak bercakap...perut abah kene tebuk sebab ape entah.hidup2 doktor tebuk perut abah.seksanya abah masa tu.aku tahu.ape aku mampu buat?takde ape.mampu tengok je abah mengerang sakit.aku tahu sakit sangat kene macam tu.lepas kene tebuk abah terus tak sedar diri.macam koma.pakai alat bantuan pernafasan.banyak hari abah tetap macam tu je.keadaan abah makin teruk.sangat teruk.tapi masa abah sedar, abah sempat cakap kat mak semua hutang abah dah setelkan.masa tu baru renovate rumah.upah rumah dah setel bayar.abah cakap kat mak, jaga anak elok2.abah kasi pesanan macam dah tahu waktu abah dah makin singkat.

8 Mei 2001, keadaan abah dah kritikal sangat.doktor suruh semua siap sedia.siap sedia apa?hey cik doktor, kau takde hak nak cakap macam tu kau tahu! sedara mara datang jenguk, baca Yassin.doktor ulang alik datang katil abah.selalu sangat datang tengok itu, tengok ini.malam, kitorang tidur kat asrama hospital.along teman abah.tetibe mak kejut suruh bersiap.eh kenapa ni?semua macam tergesa-gesa jek...semua lari2 anak pegi naik wad abah.sesak dada masa tu.nervous.tak tahu cam mana nak cakap ape aku rasa masa tu.sampai2, along cakap2 dengan mak.abah dah nazak.doktor suruh family baca Yassin.getar2 suara bacakan Yassin untuk abah.abah, cepat sangat.singkat sangat masa abah dengan kitorang.takkan abah dah nak pergi?

aku ajar abah mengucap.bisik kat telinga abah.abah dengar kan?sempat aku minta maaf.abah, jun mintak maaf, jun banyak buat salah ngan abah..x dengar cakapmabah....6.55 pagi 9 Mei 2001, doktor sahkan abah dah takde.Innalillah.tak dapat aku tahan diri...x percaya abah pergi dengan begitu cepat...semua naka2 abah mengis x dapat terima kenyataan yang abah dah pergi buat selama2 nya saat tu.....mak langsung tak menangis waktu tu.kuatnye mak.tabah sangat mak.even mak yang paling lama hidup sama dengan abah, mak yang paling redha abah pergi.mungkin mak dah bersedia.aku tak pernah bersedia.tak pernah langsung...Jun masih memerlukan abah..memerlukan kasih seorang ayah...Tapi abah tetap xkan kembali walau menagis air mata darah pon...kami semua harus redha..

Abah, minta maaf sebab masih tak dapat tahan airmata ni setiap kali ingat kat abah.susah bah nak percaya yang abah dah takde.sebab abah selalu ada dalam hati ni.selalu.setiap saat, setiap masa.lagi sedih bile pikir yang abah tak dapat walikan jun ketika jun menikah 3bulan lepas...tuhan saja yang tahu kesedihan jun ketika itu...Abah pergi ketika belum sempat mewalikan 2 anak perempuan abah....Jun harap ketika saat Farah dinikah kan nanti, die tabah...


AL-FATIHAH
ISMAIL BIN OMAR 12 MAC 1946 - 9 MEI 2001

we all love u :)

Tuesday, March 8, 2011

-- Sumbat Menyumbat --

Pernah dengar ikan cencaru sumbat.....???..Ikan cencaru sumbat ni adalah makanan kegemaran family aku...best tau...cicah ngan air asam....

4 hari lepas, tibe2 teringin nak makan ikan cencaru sumbat, kebetulan ri tu g pasar malam beli ikan cencaru, langsung beli kelapa parut skali....lame dh x makan ikan cencaru sumbat ni...dulu sebelum kahwin mak je yg slalu buat, kali ni nak try buat sendiri....balik pasar malam terus text msg kt mak, ramuan bahan2 sumbatnyer...

Bahan2 nyer adalah, kelapa parut, serai & lada kisar...kesemuanya ditumbuk sehingga x berapa nak lumat sangat...dh siap tumbuk, pe lagi sumbat ler kt blakang ikan sencaru tuh...pastu panaskan minyak dalam kuali & then goreng sehingga masak ler.....Dah siap masak boleh ler makan.......


Akhirnyer menjadi jugak ikan cencaru sumbat ku...sekor sorang ktrg bahan....KENYANG......


Saturday, March 5, 2011

JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI - 04 MAC 2011

1)Jawatan Kosong di Jabatan Perdana Menteri (JPM) - HERE

2)Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhab (KTMB) - HERE

3)Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai  - HERE

4)Jawatan Kosong di Kementerian Pertahanan Malaysia  - HERE

5)Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) - HERE

6)Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu - HERE



ENJOY..!!!

Handmade Chocolate by me

Seminggu lagi majlis sambut menantu belah suamiku + adik ipar aku naik pelamin skali...So, sekarang ngah bertungkus lumus menyiapkan chocolate chumel2 tuk letak dlm goody bag bg tetamu yang hadir....Sebelum ni tengok kt blog org jual2, cantik2...tapi mahal...So tahun lepas aku berusaha buat sendiri tuk majlis kawen aku..Result: BERJAYA.!!!.....Jadinyer, tuk majlis sambut menantu ni, aku mengoffer diri kt my mother in law nak buat...hihi...rajin ler sgt...

Mula2 dulu ingt cm susah jek, skali try...sangat kacang senang nyer..ish blagak plak.....

.
.
.
.
.

NAK TRY..????

First, pegi mane2 kedai bakery beli chocolate bar yang der macam2 perisa, ikut suka hati korg ler nak beli perisa pe.....Pastu jangan lupe beli acuan dier skali..ade macam2 bentuk acuan...cantik2 semua.


 Panaskan chocolate bar, rendamkan bekas yang berisi chocolate dlm air yang mendidih..(ps:Jangan sesekali tambah air dlm chocolate yek)


Dah betul2 cair, boleh ler masukkan dalam acuan...( Nak lagi cantik buat ler dua kaler, tp make sure yang wrna pink tu keras dulu br isi yang wrne coklat lak )


Dah siap masukkan seme dalam acuan, masukkan dalam peti..nak cepat keras letak kat bahagian atas..dalam 30min dah keras..


Tadaaa.....dah keras
Pastu masukkan dalam bekas2 yang chumel ni...


Senang kan, sangatla senang...daripada beli, baik buat sendiri...tapi kepada sesiapa yang malas nak buat sendiri..boleh tempah kat saya...

Untuk besar camni saya jual RM1.20 siap ngan bekas dier...kalau nak order banyak, harga boleh dirunding...
eh..eh..eh berniaga plak...hihihi...cr side income..kalu ade yang sudi menempah ler..kalu takde, buat makan sendiri je ler....

Kepada sesiapa yang berniat untuk menempah, leh PM me kt facebook @ email at ezan_emai@yahoo.com

.
.
.
.
.
.
.

DONE...





First Trial --->> NASI AYAM


Hari ni tibe2 rajin nak masak Nasi Ayam....x pernah masak sebenarnyer..so today its my first time make Nasi Ayam....Resipi get from my Ex Housemate time study kt uitm dulu...NORHANA.....

1) AYAM
 
 Rebus ayam (Kuantiti mengikut kehendak masing2)


Perap ayam yang direbus tadi lebih kurang 2jam bersama2 Bawang putih, halia, bawang merah (dikisar), kicap pekat, kicap cair, sos tiram, madu, limau nipis & cuka sedikit


 Selepas 2jam, boleh ler digoreng


Ayam Complete...


2) NASI

Tumis bunga cengkih 5biji, buah pelaga 5biji, kulit kayu manis, bunga lawang & marjerin. kemudian, gaulkan beras & air rebusan ayam & sedikit garam.

 Nasi Complete..


3)SUP


Sup kosong - Air rebusan ayam & kiub stok ayam bersama2 sedikit garam


4) SAMBAL


 Lada besar, lada kecik sikit, bawang putih & sedikit cuka dikisar


 Dimasak secukup rasa


5) KICAP


Masakan sedikit air rebusan ayam, air perap & sedikit kicap

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


NASI AYAM COMPLETE....

Apa lagi makan la, erkkkk...ketika entry ini ditulis perutku sudah kenyang diisi oleh nasi ayam air tanganku....hahhahaha...
.
.
.
.


KENYANG... !!!

*Thnks to Hana sebab bg resipi.
*To farah, tunggu ler petang sket nasi ayam sampai kt umh kamu..





T


- I AM NUMBER FOUR -


Jam menunjuk kan kol1 pagi...wat pe x tido2 lagi ni...hihihi.....Actually, kitrg baru balik tengok movie...x plan pon, tibe2 jek terdetik di hati nak tgk wayang....so, pas maghrib, siap2 terus g Jusco Bukit Tinggi Klang dengan xtau nak tengok muvie pe...

Sampai jusco, terus g tgv nak beli tiket....lebih setengah jam jugak ler duk depan kaunter (dari jauh ler)....discuss nak tengok citer pe...masing2 takut nak decide sbb takot citer x best.....ade 3 pilihan...The Mechanic, I Am Number Four & 127 Hours.....konfius nak tengok mane satu....niat nak tengok The Mechanic, sbb org cakap best...tapi ktrg decide nak tengok " I AM NUMBER FOUR".... So, masuk je la panggung dengan hati yang gundah gulana sbb risau citer membosankan yg boleh menyebabkan aku tido...huhuhu

TAPI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sangkaan kami semua silap...sebab citer sangatlah best...(Bagi aku ler, bagi org lain xtau ler)huhu....so aku sarankan pada sesiapa yg nak tengok wayang, silelah tengok citer tuh...x rugi....
 



An extraordinary young man, John Smith, is a fugitive on the run from ruthless enemies sent to destroy him. Changing his identity, moving from town to town with his guardian Henri, John is always the new kid with no ties to his past. In the small Ohio town he now calls home, John encounters unexpected, life-changing events -- his first love, powerful new abilities and a connection to the others who share his incredible destiny. 


Genre: Action & Adventure, Mystery & Suspense, Science Fiction & Fantasy

Rated: PG-13  
Running Time: 1 hr. 44 min

.
.
.
.


Mungkin ade "I AM NUMBER FOUR 2" kot...harap2 ade...sebab........................... Kalu nak tau pergi ler tengok.... 

Thursday, March 3, 2011

--JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI - 3 MAC 2011--

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini:
   
# Jawatan Kosong di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar --> CLICK HERE
# Jawatan Kosong di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) --> CLICK HERE
# Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kota Tinggi --> CLICK HERE
# Jawatan Kosong di Kementerian Dalam Negeri --> CLICK HERE
# Jawatan Kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia --> CLICK HERE
# Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya --> CLICK HERE
# Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sepang --> CLICK HERE
# Jawatan Kosong di Polis Di Raja Malaysia (PDRM) --> CLICK HERE
# Jawatan Kosong di Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu --> CLICK HERE
# Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) --> CLICK HERE
# Jawatan Kosong di Universiti Sains Malaysia (USM) --> CLICK HERE


ENJOY UR SELF..GUD LUCK !!!

Tuesday, March 1, 2011

-- PROMOTE....PROMOTE....PROMOTE---

GC Good Coffee 


Satu-satunya Restoran Kopi Putih Hainan yang berada di Kulai memperkenalkan aneka jenis makanan Malaysia. Anda boleh menikmati citarasa makanan Melayu,Cina dan India dalam satu masa. Sesuatu tempat yang betul betul boleh bagi anda menikmati Kopi Putih,Teh dan Roti Hainan di Kulai. Selain daripada itu,anda juga boleh mencari balik citarasa dahulu dan makanan tradisi yang paling gemar di Malaysia. Cubalah sekarang. 
GC Good Coffee
20 Jalan kenanga 29/1 Indahpura 
81000 Kulai Johor.
  
OPERATING HOURS 
Monday - Sunday 
Time: 7.30am-8.30pm daily
 
The Latest Promotion Lunch Set !!!




Yang penting
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

HALAL..!!!!
* Tolong promote wakil my sisi in law...

Related Posts with Thumbnails