Monday, April 4, 2011

KELLIES CASTLE

Kellies Castle From Parking

Entry Cameron yang lepas ade aku citer, odw balik Shah Alam ktrg singgah Kellies Castle....Ade orang cakap tempat ni keras, so orang yang lemah semangat x digalakkan, mula2 takot gak nak masuk..tapi tawakal je, lgpon rugi dh sampai kalu hanya tengok dr luar jek...Alhamdullillah xde perkara2 aneh yg berlaku.

Sejarah Kellies Castle:

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah Istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

Di katakan beliau menggunakan khidmat pekerja dari Madras seramai 70 orang dan bahan binaan utama seperti batu-bata dan juga marmar di import dari Italy. Banyak tragedi berlaku ketika pembinaan istana ini dan ramai pekerja binaan terkorban akibat penyakit ganjil ketika itu dan memaksa beliau mendapatkan pandangan alternatif dari segi spiritual. Mengikut nasihat dan kepercayaan dari ilmuan India, Tuan Kellie mesti membina sebuah kuil untuk mententeramkan tuhan mereka.

Menurut dari pembacaan saya di beberapa artikel internet, penyakit misteri yang di maksudkan itu adalah "Spanish Flu" dimana flu ini dengan mudah merebak dari Europe ke benua Asia. Tuan Kellie meghabiskan banyak wang ringgit dan kekayaannya untuk pembinaan rumah ini namun tidak juga berjaya di siapkan kerana perang dunia pertama meletus dan memperlahankan proses pembinaannya & Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926.

Istana ini mempunyai menara setinggi 6 tingkat. Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah terowong rahsia.


Penemuan Misteri baru di Kellies Castle tahun 2007:


Pada pokok ini di katakan terdapat bentuk seperti seekor beruang yang sedang berpaut / berpeluk pada batang pokok, cuba anda perhatikan di mana atas adalah mukanya yang memandang ke sini serat tangan kanan memegang dahan dan kaki seperti mahu memanjat. Hal ini ditemui oleh seorang pelakon terkenal Gerak Khas iaitu Zulkifli ketika mahu bergambar bersama dengan anak-anak, hal ini adalah merupakan satu penemuan baru pada tahun 2007.


Mase ktrg pergi ari tu x sempat nak jelajah ke bilik rahsi a dimana Tuan Kellie Bercadang untuk jadikan tempat persembunyian anak2 & isterinya jika berlaku sebarang malapetaka, dari bilik rajsia itu kita akan dapat lihat sesiapa sahaja yang menyeberangi sungai dan juga dapat melihat ke arah kuil...

Jadi kepada sesiapa yang sengaja @ x sengaja lalu Bau Gajah singgahla di Kellies Castle, lihat sendiri keunikan bangunan nyer...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails