Thursday, May 20, 2010

Pisang Goreng

PISANG GORENG..Saya yakin anda sebagai rakyat Malaysia pastinya mengenali pisang goreng ni..Kalau tak kenal mungkin anda orang bandar yang tidak pernah singgah tepi jalan-jalan.. Sebab rasanya seluruh Malaysia ada menjual antara makanan kegemaran di waktu petang.

Ingat tak dahulu kala ade sedikit salah paham samada makanan ini digelar ‘pisang goreng’ atau ‘goreng pisang’. Kelakar jek sebab benda remeh camtu pun boleh digaduhkan.. Saya pun tak tau yang mana yang betul tapi yang penting halal dimakan…
Pisang goreng merupakan makanan yang mudah untuk dihasilkan lebih-lebih lagi sekarang ni ada tepung-tepung goreng khas. Senang dibancuh, tambah sikit garam, tuangkan air, celup je pisang ke dalam tepung dan goreng.. Mudah je kan..


 *Gambar sekadar hiasan*

Pisang ada yg boleh digoreng dan ada yg tak sedap digoreng. Antara jenis pisang yang sedap digoreng ialah pisang abu/pisang batu, pisang nangka, pisang lang, pisang nipah dan pisang tanduk.
Kalau nak buat cekodok pula sedap pisang awak. Begitu juga kalau nak buat lepat pisang , pisang awak lah yg sedap.




Alkisahnyer, br kejap td sy telah menggoreng pisang...tapiiiiiii...............bukan jenis pisang yg ditulis di atas yg sesuai untuk digoreng. Saya telah menggoreng PISANG MAS!!.....diulang PISANG MAS!!....hahahahah
Anda yang arif pasal pisang mesti tau ape jadi ngn pisang goreng saye tu, HANCUR!! dlm kuali....Aduhh
Maaf ye, atas sebab2 t'tentu gmbar xleh nk publish, sbb pisang goreng dh x serupa pisang dh...hahahaahahahah FAILED!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails